'RUMAHKU SYURGAKU'. Itu satu ungkapan yang indah. Tapi ramai yang tak tahu bukan semua orang ada tanggapan begitu kat rumahnya. Di sini saya nak cerita lebih lagi selain ungkapan tu.
RUMAHKU SYURGAKUMelambangkan keadaan rumah yang aman harmoni, tenteram, sejuk mata memandang. Dari hujung simpang dah ternampak rumah kita yang macam dalam cover page majalah Anjung Seri. Bagi sesiapa yang bekerja, pukul 4 ptg dah terbayang bumbung rumah sendiri, pulang disambut oleh anak-anak dan isteri. Huh, alangkah bahagianya.
SYURGAKU RUMAHKUMelambangkan seseorang yang sangat warak dan zuhud kepada Allah SWT kerana selalu melakukan amal kebaikan dan berimpian membina mahligai di dalam syurga.
RUMAHKU PEJABATKUMelambangkan seseorang yang menjadikan rumah sendiri sebagai pejabat atau 'command centre'. Contohnya seperti fulltime bloggers, freelance businessman, dan peniaga alaf baru kecil-kecilan. Keadaan yang sungguh flexible bila membuat kerja di rumah sendiri. Sambil pakai baju tido leh wat keja. Tapi, musuh utama korang bukan bos, tp perasaan malas tu sendiri.
PEJABATKU RUMAHKUMelambangkan seseorang yang asyik tumpukan kerjaya sehingga mengabaikan rumah sendiri. Ni jenis yang suka staybank di pejabat sampai lewat malam atau sampai dinihari. Dokter, Jurutera, Jurukur Bahan, Arkitek, dan CEO syarikat adalah yang tergolong dalam kumpulan ni. Keadaan sebegini tidak bagus kerana sedikit sebanyak menyumbang kepada keretakan rumahtangga dan merenggangkan hubungan kekeluargaan.
RUMAHKU NERAKAKUMelambangkan keadaan rumah yang porak peranda. Bila masuk dalam rumah terasa je bahang. taktau la disebabkan buatan orang atau buatan sendiri.
NERAKAKU RUMAHKUNi dah teruk sangat ni. Melambangkan seseorang yang leka dan hanyut dengan duniawi. Minum arak, maksiat, judi dan segolongan dengan benda-benda haram tu adalah mainan dia. Kalau yang jenis tak reti nak bertaubat lagi, kemungkinan akan mati dalam kemungkaran dan ditempatkan dalam neraka. Nauzubillah!